Assalamualaikum, hai blogger's. Apa kabar? Sihat? Tak sihat? Pergi klinik kalau tak sihat, hehe. It's already December 2013, 2013 almost end and almost change to the new year 2014. May 2014 more better than 2013, inshaAllah amin! Seorang manusia tak akan pernah lepas dari membuat kesilapan, mempunyai masalah dan takdir Allah SWT.
Macam aku sekarang ni, lepas satu masalah satu lagi masalah datang. Haish, tak apa la aku kena banyak bersabar sebab tu semua ujian daripada Allah. Aku kena terima dan tempuhi tak kira macam mana pun dan apa yang akan berlaku. Masalah cinta? Masalah cinta aku tak akan pernah habis kalau aku still berharap dan crush kat someone yang tak pernah suka kat aku.
Semenjak aku naik sem 2 dulu dan ada junior baru sem 1, aku tak pernah tahu dan tak pernah perasan kewujudan dia kat poli aku tu. Hampir tamat sem 2 dalam 4 bulan sebelum tu baru aku perasan "Wah, manisnya dia ni. Kenapa aku rasa dia manis sangat sedangkan orang lain kata dia biasa je?". Aku cuba untuk cari tahu siapa nama dia dengan menebalkan muka aku tanya kawan kawan dia yang tak kenal aku, rasa macam "bapak ah, malunya aku bertanya sana sini".
Hampir 4 bulan aku crush kat dia dan ada satu hari tu aku tercari cari apa nama Twitter dia lepas aku add dan stalk Facebook dia. Hampir 3 minggu baru aku dapat tahu apa nama Twitter dia, bukan main susah nak minta tweethandle dia kat tuan punya badan time tu. Tapi akhirnya aku berjaya juga, YES!
Hari demi hari aku kacau dia kat Twitter, aku mention dia, aku favourite tweet dia dan ada suatu masa tu aku rasa "Mesti dia rasa yang aku ni annoying sangat". Yea, memang aku annoying. Annoying untuk mendapatkan kau, aku tak tahu kenapa aku tak boleh lupakan dia walaupun aku tak berapa kenal sangat dengan dia. Aku cuba untuk tak ingat dia sebab aku tahu dia mesti tak ingat aku, tapi aku tak boleh macam ada benda yang buat aku tak boleh lupakan dia.
Ada satu hari tu aku pergi #TwtUpJohor dan aku dapat tag Stickybox lebih, aku terfikir nak kasi dia sebagai tanda yang aku suka dia. Aku DM dia kat Twitter apa semua nak jumpa kasi by hand tapi aku terlalu malu dan segan untuk berjumpa dengan dia dan akhirnya aku bagi tag tu kat kawan dia suruh past benda tu kat dia. Esoknya dia dah terima then dia kata thanks, yeah welcome.
Selepas kejadian tu semua aku minta la number phone dia, agak susah dia nak kasi number phone dia sebab dia bukan kenal aku sangat. Sampai aku kata "Tak apa la, nanti kalau dah ikhlas baru bagi ye sebab saya terima benda yang ikhlas je :)". 51 hari dah berlalu tapi sampai sekarang dia tak bagi number phone dia, dia belum ikhlaskan diri dia untuk aku ke dia lupa yang aku ada minta number phone dia?
Paling gila, tadi pagi aku buat kerja gila dan beranikan diri untuk luahkan semua yang aku pendam kat dia. Aku rasa apa yang aku buat pagi tu memang annoying tapi takkan aku nak pendam perasaan ni lama lama, nanti hambar dan busuk kat dalam hati ni kalau asik dipendam je lama lama. Aku DM bukan main banyak tapi dia reply satu je, rasa macam =___=.
Tak apa la, asalkan aku dah luahkan semuanya. Semua ketentuan ada pada diri dia dan Allah, aku kena terima apa juga jawapan yang dia bagi dan aku pun kena tebalkan muka kat poli kalau terserempak dengan dia atau kawan kawan dia kalau kawan kawan dia tahu la pasal cerita ni.
Last, aku selalu mendoakan dia dan dia akan selalu ada dalam doa aku lepas aku solat. I'll waiting for you as long as I can and as long as you still single. Okay la, aku dah puas merepek meraban. Tak nak cerita panjang lagi, memang 2-3 page la jawabnya. Kbye, assalamualaikum :)
Nur Fadilah Sunny :)