Saturday, December 10

ASSALAMUALAIKUM, THAT'S YELLOW IT'S ME MR. FOREVER ALONE :D.


Aku seorang je yang kuning kat situ mane ade kawan lain selain biru. Okay da, aku nak update pasal soalan yang Ms. Jacquelyn kasi kat aku. Let see the rules :

THE RULES :
  1. You must post these rules. Each person must post 11 thing about themselves in their journal.
  2. Answer the question the tagger set for you their post. And create eleven new questions for people you tagged to answer.
  3. You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
  4. Go to their page and tell them you have tagged him/her.
  5. No tag back.No stuff in the tagging section about "You are tagged if you are reading this" You legitimately (a.k.a really, trust, with all honestyhave tagged 11 people.

Kenape lah kena tulis 11 benda tentang aku, Ms. Jacquelyn tak mahu tulis boleh? Hehe. 11 things about me :
  1) Aku nie gila-gila sikit orang nye :P.
  2) Aku nie kuat makan tapi tak besar jugak badan aku nie.
  3) Suka tidur lambat sebab online sampai pagi.

  4) Tak ada BFF langsung dari dulu sampai sekarang.

  5) Aku tak suka melepak sangat kalau tak ade function.
  6) Suke pergi Jusco or City Square sorang-sorang.
  7) Aku tak suke gaduh-gaduh nie dan aku suke sangat suasana aman damai.
  8) Peminat Adi Putera, Khaiful Fahmi Che Mat, Aaron Aziz, and Robert Pattionson .
  9) Aku nie simple tapi kreatif sikit je :P.
10) Aku orang nye tak kesah mane pun kecuali family and aweks(kalau ade la).
11) Tinggi aku cecah 182cm, siapa lagi tinggi dari aku sila IM aku ye and sila jealous bagi orang yang pendek :P.

Aku nak kena jawab soalan yang senang untuk aku jawab, 11 soalan tapi jawapan panjang nak mampos. Tengok bawah nie soalan nye:

1) Suka share problem dengan family ke kawan? Kenape?
   -Tak ada siapa, nak share dgn family malu n kalau nak share dgn kawan diorang tak akan faham.

2) Apa function phone korang sebenarnya? Texting je? Hihi.
    - Dulu untuk contact and texting tapi sekarang da senyap sejak bulan 10 mase tu.

3) Kalau korang pakai tudung kan, sebab trend ke? If free hair, knpe tak pakai tudung?
    - Sorry saya tak pakai tudung sebab saya nie lelaki :D.

4) Korang suka lelaki/perempuan yang macam mane? Nak 4 ciri.
    -1)Baik, 2)Hampir sama sifat dengan saya :D, 3)Boleh terima saya apa ada nye :), 4)Tak lupe juga dia cantik :).

5) Pizza hut ke domino?
    -Saya terpulang dia nak apa, kalau dia nak pizza hut ke domino saya ikut je asalkan dia happy :).

6) Suka tak lelaki/perempuan yang kuat merajuk? Kenape?
    -Suka, sebab nanti saya boleh tengok muka dia yang comel tu and saya kena kerja keras untuk pujuk dia tu yang membuktikan saya sayang kat dia :).

7) Apa yang buat korang nampak cool? Perasan pun tkpe :D.
     -Saya tak rasa saya cool, sebab saya sedar siapa saya :).

8) Listkan 14 benda yang korang tahu pasal aku. Jangan kurang babehh.
    -1)Awak baik, 2)Beautiful, 3)Smart, 4)Almost perfect, 5)Ada senyuman yang indah :), 6)Berpendirian, 7)Bibir awak seksi :P, 8)Hidung awak besar sikit sebab tu la buatkan awak nampak cantik :), 9)Stylish, 10)Sayangkan family like me :), 11)Suka bergambar :D, 12)Mix chinese and malay, 13)Bertudung, 14)Peramah, 15)Mata awak cantik, 16)Selalu post benda-benda yang nice kat Facebook, 17)Ada ayah yang muka dia hampir nak sama dgn Suarez Liverpool tu :D, 18)Tidur bangun lambat sama mcm saya :P, 19)Cara jalan awak mcm model :D, 20)Awak putih :). Alamak, da terlebih boleh terima ke nie?

9) Bagi satu quotes/ayat yang paling korang suka.
    -Don't give up because Allah always at your sides, try and try again to the end :).

10) Choose, friendship ke relationship? Kerana?
-First saya akan pilih friendship untuk kenal seseorang tu lebih mendalam kalau boleh teruskan lagi saya akan pilih relationship jika tu yang terbaik untuk dia dan saya :).

11) Siapa yang selalu bagi korang semangat? Tknak taw nama :).
-Seorang perempuan yang senyum kat saya dan saya pasti senyuman tu adalah senyuman harapan bukanlah senyuman biase tu la yang buat saya semangat :).


Aku da tulis jawapan nie kat inbox Ms. Jacquelyn nie tapi dia cakap kena update kat blog pulak, okay aku da update da nie. Then, dia suruh aku buat soalan untuk orang yang ade blog. Okay, aku akan buat sila tengok kat bawah.

Nie haa soalannye yang aku akan bagi kat korang, senang je pun soalan nie :). Sila baca dan jawab:

  1) Korang suka lelaki or perempuan yang macam mane?
  2) Berape ketinggian badan yang korang suka?
  3) Pernah keluar date dengan Boyfriend or Girlfriend korang tak?
  4) Makanan ape yang paling korang suka kat dunia nie? Kasi 4 jenis makanan yang berbeza :).
  5) Korang tidur lambat ke tak? Bagi sebab.
  6) Korang lagi suka jalan-jalan kat mane? Dalam negeri ke or luar negeri? Kenape?
  7) Korang boleh terima orang ape adenye or tidak? Bagi sebab.
  8) Berapa size badan yang korang suka?
  9) Sayang kat family or boyfriend korang? Kenape sayang kat dyorang?
10) Bagi 10+6-2+4-3-1 benda yang korang tahu pasal aku? Hehe, ade Math sikit dalam soalan nie :P.
11) Siapa paling korang tak suka dalam dunia nie? Bagi 3 sebab kenape korang tak suka dia and jangan bagitahu name ^_^.


Macam mane nak tag orang letak name macam kat blog Ms. Jacquelyn tu? Jap aku try tag 11 orang.


Okay, sila jawab soalan aku dengan senang hati ye ^_^. That's all for today, thanks you. Kbye, salam.

No comments:

Post a Comment