Friday, October 18

Assalamualaikum, hey guys. Ssup? Sebelum raya haji hari tu 15/10/2013 aku dengan adik adik aku tak tahu nak buat apa kat rumah sampai dah berkk gila dari hari jumaat, sabtu dan ahad. Keesokkan harinya hari isnin akak aku wechat adik aku ajak keluar jalan sebab dia pun dah berkk juga duduk rumah tak buat apa sementara tunggu panggil kerja dia kat Singapore 29/10 ni. Dia tanya "Nak keluar pergi mana? Suggest la". Then I suggest go to Daiman Bowl for play a bowling, so here we go! 



Macam biasa la kalau perempuan lawan lelaki main bowling mesti perempuan kalah and I get 355 points for 3 game, hahaha. Lepas main bowling pukul 2.30 tak tahu nak pergi mana, takkan nak balik rumah kot baru pukul 2.30. Then adik aku plan nak pergi Country Garden tapi tutup, sedihnya~ Alang-alang dah sampai Country Garden ingat nak pergi Danga tapi ada apa je kat Danga so kitorang pergi la Puteri Habour, yeay! So here we go again!





Ah, actually aku tak suka amek gambar sangat orangnya tapi di paksa untuk bergambar sama sama. Aduii, layankan je la. Setelah kebosanan, kepishangan, keboringan, ketaktahuan nak buat apa lagi kat Puteri Habour aku ajak akak dan adik adik aku pergi tengok keindahan Kota Iskandar kat sebelah Puteri Habour je. Sampai je sana amek kau, akak aku menjerit tengok keindahan halaman Kota Iskandar. Biasa la perempuan pantang nampak benda cantik, haha.

 

Setelah penat, kepanasan, bergambar, bersuka ria dan  lepak kat Kota Iskandar pukul 6 petang kitorang balik singgah chicken chop kejap untuk adik aku sorang ni dengan akak aku buka puasa, hari isnin hari tu kan puasa arafah rugi la kalau tak puasa. Cehh, acah acah je aku ni pun tak puasa -__-. Okay now sampai situ je la cerita aku dengan adik beradik aku. Nak share gambar last jap, taraa~


Sweetest moment me and my youngest sista (Era Artika Jaafar), aku paling suka gambar ni sebab nampa sweet sangat ^_^. Okay, tu je kot aku rasa aku nak post untuk kali ni. Bye, assalamualaikum :)

Thursday, October 10

Destination

Assalamualaikum, hai :). Rasa macam dah lama sangat tak update blog yang buruk ni tapi siapa peduli buruk atau tidak ni blog aku suka hati aku la nak buat apa. Banyak cerita pahit, perit, tawar, manis dan gembira yang aku dah lalui selama ni tapi aku masih tak tahu apa tujuan aku yang sebenarnya sampai sekarang. Bukan senang nak cari jawapan dia, amik masa yang agak lama juga untuk tahu ada tujuan aku yang sebenarnya. Setiap orang mesti ada cerita diorang masing masing.

Firstly, aku rasa sedih dan down sangat bila aku dapat tahu yang mak aku ada masalah sampaikan aku sendiri tak tahu nak buat apa, pening. Yela, anak mana yang tak sedih kalau dia tahu mak dia ada masalah yang dia sendiri pun tak dapat selesaikan. Anak mana yang tak sayangkan mak dia? Tu namanya anak derhaka. Aku tanya mak aku "Maa, ada masalah ke? Abang tengok asik pening, penat, termenung and sedih semacam je?" tapi dia kata tak ada apa apa. Kenapa dia tak cakap masalah dia kat aku? Aku tahu kenapa, sebab seorang ibu tak nak susahkan dan bebankan anak anak dia dengan masalah yang dia hadapi. Tapi aku cuba dalam diam dan slow slow untuk tolong selesaikan masalah mak aku dan akhirnya masalah tu hilang sikit demi sedikit, alhamdulillah ya Allah :)

Second, aku tak tahu apa masalah aku sebenarnya kadang ada orang suka dengan aku dan kadang ada orang tak suka dengan aku. Kenapa macam tu? Apa salah aku? Suka bila diperlukan, tak suka bila tidak diperlukan. Macam tu ye? Aku hanya perlukan orang yang boleh teman aku tak kira susah, senang, sedih, dan gembira bersama. Aku tak perlukan 'Fake People' dalam hidup aku sebab benda tu akan menyusahkan diri aku sendiri. Sampai sekarang aku belum jumpa orang yang sanggup teman aku tak kira susah, senang, sedih dan gembira bersama. Ni semua rancangan Allah, mungkin dia sediakan orang tu di masa hadapan. Can't wait!

Last, ni masalah yang paling kritikal dalam hidup aku sekarang dan tak dapat dibundung. Aku cuba, cuba, cuba dan cuba tapi tetap gagal. Aku crush kat someone tapi aku malu dan segan nak tegur sebab aku sedar dan aku tahu siapa aku. Crush kat 5 orang dan semuanya di reject, what a sadlife~ Sekarang aku ada crush kat someone ni, aku tak tahu kenapa tapi yang aku tahu dia manis walaupun orang lain kata dia biasa je tapi bagi aku dia istimewa dari yang lain. I love her, sometimes I miss her and I wanna talk with her but I can't because of this feelings. Damn! Aku hanya mampu melihat dan tegur dia kat laman sosial je, I want it to be real! Akan aku cuba beranikan diri dan hilangkan perasaan malu dan segan ni untuk tegur dia, inshaAllah.

Solat dan doaku hanya untuk Allah, mak aku, keluarga aku, diri aku dan dia(crush). Hidup, mati, jodoh dan segalanya ditangan Allah SWT. Aku hanya mampu berserah kepadaNya :) 


"Tak kira apa pun yang terjadi aku kena selalu tersenyum time susah, senang, sedih, gembira dan walaupun ada masalah yang menimpa aku sekalipun :)"

Saturday, April 27

Assalamualaikum, selamat malam reader. Saya nak bagitahu bahawa perempuan yang saya suka dulu dan yang telah mereject dan meninggalkan saya sekarang dia kelihatan semakin comel dengan cara dia yang manja tu. SubhanAllah, sungguh cantik ciptaanNya. Allah menciptakan saya apa adanya dan saya terima tu, jika dia reject saya kerana ketidak henseman saya tak apa saya boleh terima kerana Allah yang telah menciptakan saya sebegini rupa.
Setiap segala sesuatu didunia ni hanya ada satu penciptanya iaitu Allah, terima kasih kepada Allah kerana telah mempertemukan saya dengan dia walaupun hanya sebentar. Itu je sebenarnya yang saya nak cakap, sekian. Wassalam.

Thursday, April 11

Sigh

Assalamualaikum bloggers, da lama saya tak update blog ni rasa macam da usang dan berhabuk sangat. Sebenarnya banyak benda yang saya nak ceritakan tapi banyak benda tersebut yang saya da lupa. Saya nak cerita apa yang ada dalam kepala otak saya je. Sejak kebelakangan ni saya selalu ditimpa masalah, macam macam masalah yang datang kat saya. Penat den nak melayannya, hmm. Okay apa apa hal saya rindu nak bercerita kat blog ni, akhirnya dapat juga update.

Firstly masalah keluarga, disebabkan seorang bayi ibu saya yang jadi mangsa ugut oleh ibu bayi tersebut. Perlu ke mengemis meminta wang sebab anak dia sakit sakit? Setiap orang ada rasa sakit, anak dia tu bukannya sempurna sangat sampai tak boleh sakit. Duit da diberi tapi tiada jaminan yang ibu saya selamat dari tuduhan, kau sentuh dia aku cium kau. #TakeNote

Secondly pasal kawan, memang susah nak cari kawan yang betul betul ikhlas nak berkawan dengan kita. Kalau kawan yang bertalam dua muka memang ramai kat dunia ni tak yah cakap la bilangannya berapa, tak terkira. Saya perlukan hanya seorang kawan yang boleh berkongsi masalah dengan saya, ikhlas berkawan dengan saya apa adanya dan mendengar masalah yang saya hadapi. Saya berharap sangat dapat kawan yang macam tu tapi susah sangat nak jumpa, entah dimana dia berada.

And then, masalah cinta. Haih, cinta cinta cinta. Cinta memang selalu memberikan kita masalah luaran dan dalaman. Kat tempat ni ada seorang budak yang da lama saya suka kat dia sampai sekarang, saya nak luahkan perasaan ni tapi takut di reject untuk yang ke-10 kalinya. Saya da penat dipermainkan sampai tak tahu nak buat apa, bila di reject saya sedar siapa diri saya yang sebenarnya. Saya akan mengalah dengan orang yang lebih baik dan lebih segalanya dari saya. Lebih baik saya diam daripada meluahkannya dan tak akan bertegur sapa hingga keakhirnya. Saya hanya mampu melihat dan menuntu ilmu dengan bersungguh sungguh sebab mentor saya pernah berkata "Kejar ilmu dahulu tinggalkan cinta, kerana jika ilmu telah penuh didada cinta itu akan datang dengan sendirinya". Saya respect dengan nasihat yang diberikan olehnya. Terima kasih mentor.

And last, saya lebih suka melakukan segala sesuatu seorang diri kerana melakukan seorang diri lebih mudah dan senang tanpa ada rungutan dan keluhan. Thats why I call my self Mister Forver alone. Itu sahaja yang dapat saya luahkan, da tak tahu nak cerita apa lagi. Next kalau saya nak cerita saya akan luahkan kat sini je, sebab blogger adalah kawan yang boleh mendengar cerita saya ni. Sekian, salam :)

Tuesday, February 28

Assalamualaikum reader , korang sihatkan? Alhamdulillah bagi yang sihat and bagi yang tak sihat tu sila la makan ubat ye. Hari ahad 26/2/2012 aku pergi City Square dengan kawan2 aku nak tengok wayang sambil amek gambar sekali untuk DP baru Facebook kitorang. Nie la dia gambar DP baru kitorang, sebenarnye tak janji pun nak pakai baju hitam tapi semua pakai baju hitam time tu. Memang terbaik la! Tengok bawah nie :

 It's me Erwan Ezwan!

 This is Nizam Katman!

This is Farhan Tulimin!

 This is Syafiq Omar!

And the last one is Haikal Hamir!

See cantikkan background kitorang warna hitam? Korang ada? Tak adakan? So diam2 ye . Aku rasa, sekarang aku da start gila bergambar aku pun tak tahu kenapa, haha. Okay la, nanti kalau aku ada free kita jumpe lagi! Kbye~