Thursday, December 29

Assalamualaikum, cuti sekolah da nak tamat and hari persekolahan nak bermula mesti ramai budak sekolah yang tengah buat persiapan untuk pergi sekolah minggu depan. Kesian~. Aku nie da tak sekolah tahun depan mesti nanti aku akan rasa boring sebab tak ada kawan, aku nie dari darjah 1 mana ada sahabat. Bagi aku kawan ada tiga maksud, yang pertama member bagi aku maksud dye hanya la ahli je. Yang kedua kawan, erm kawan tu macam member la juga tapi lebih sikit. Yang terakhir sahabat, kalau yang nie amat berbeza dari kedua-dua tu sebab sahabat nie kalau kita susah dye ada kalau kita senang pun dye ada tak macam member and kawan.

Kalau korang ada sahabat korang kena hargai sahabat korang tu jangan sampai sahabat korang tak suka dengan korang and bergaduh akhir nye. Aku tak tahu aku merepek apa sekarang nie straight to the point aku nie tak ada member, kawan atau pun sahabat yang baik.

Okay la aku nak sambung kerja aku untuk kumpul duit beli rumah dan untuk hantaran isteri masa depan aku kalau duit hantaran aku tak cukup mampuih aku kena tibai nanti. Hahaha :D.

Friday, December 23

Assalamualaikum reader :), korang tahu tak selama nie aku cari orang yang boleh editkan blog aku tapi susah sangat nak jumpa kalau jumpa pun dyorang busy dengan hal masing-2. Akhirnye aku try edit sendiri blog aku nie supaya nampak simple and cantik, tapi aku tak tahu la korang anggap blog aku nie macam mana. Kalau tak suka, tak yah tengok blog aku nie dan boleh bla :D.

Erm, aku semalam ada baca blog seseorang nie dia orang yang sangat benci or anti dengan aku sebab aku nie busy body dan buat dia rimas . Hmm, aku nie segan nak face to face dengan orang yang da benci kat aku lagi-2 perempuan dan aku rasa benda tu yang buatkan aku susah atau malu nak minta maaf tapi dalam hati aku nie nak sangat minta maaf kat dia. Aku cakap-2 pasal benda nie tapi korang tak tahu siapa budak tu, erm nanti kat last post nie aku akan mention nama dia dan korang akan tahu :).

Korang berdua, aku nak minta maaf sebab buat benda yang annoying kat korang berdua. Aku sebenarnye tak ada niat nak buat benda tu, aku just nak berkawan dengan korang je. Act, aku nie tak pernah ada kawan tapi aku hanya ada member. *Erm, kawan dengan member lain ye maksudnye*. Kemarin kawan korang ada IM aku dan dia tegur aku supaya ubah sikap aku daripada sekarang dan cuba untuk beranikan diri untuk minta maaf kat dyorang tu secara face to face. Aku nak minta maaf face to face macam mana? Dah tak pernah jumpa lagi kot. Tapi apa-2 pun terima kasih ****** ******* kerana tegur dan nasihatkan aku, aku akan ubah diri akan nie dengan perlahan-2 hingga menjadi orang yang baik dan ramai kawan yang nak kawan dengan aku ^_^.

Nak aku minta maaf dengan menggunakan video ke macam @MegatAD? Kalau face to face aku rasa mustahil korang nak jumpa dengan aku. *sedihnye hidup*. Aku harap korang nak maafkan aku, dan tahniah kerana korang dapat banyak A dalam result PMR korang. Aku dah tak ada ayat lagi nak tulis, maybe nak kena face to face betul-2 kot baru banyak ayat yang aku boleh luahkan.

Erm, reader korang mesti tertunggu-2 kan siapa orang yang aku maksudkan nie? Hmm, sorry kalau korang tak suka tapi aku kena mention juga. Orangnye ialah Haliza Husna dan Fatin Farhana dyorang la. Sekali lagi aku minta maaf dengan hati yang iklas dan aku mohon maafkan la aku ye. Kalau korang tak maafkan aku takpe aku akan reda je dan aku akan minta maaf semula suatu hari nanti di akhirat. *merepek da aku*.

Okay la, ngantuk nak tidur. Esok nak kena bangun pagi pergi sembahyang jumaat, eh? hari nie hari jumaat kan? Sorry-2, hari nak kena bangun pagi nak pergi sembahyang jumaat. Take care all reader. Kbye, salam ^_^.

Sunday, December 18

Assalamualaikum reader :), lama juga aku tak update blog aku nie tambah lagi blog aku nie dah jadi ape dah. Aku tengok blog aku nie serabut gila, siapa boleh tolong aku edit blog nie? Takpe, nanti aku cube edit sendiri.
Aku tak tahu nak buat ape lepas habis sekolah nie *bekas calon SPM* nie la kerja aku sekarang online je 22 jam sehari dah same macam budak yang gila Twitter dengan Facebook. Mula tahun depan maybe aku akan kerja kat Singapore akak sedare aku ajak tak dapat la aku nak online 22 jam lagi dah busy dengan kerjaya.

Eh eh, mase tu aku pergi makan kat restoran mak cik aku then ade 1 family tu bawak family dia semua makan kat situ, ade la anak dia 3 orang perempuan perh boleh dikatakan baik juga. Hehe. Tapi kan kalau nak usha pun tak boleh juga sebab ade mak bapak dia. Eeee, seram nieh. Takpe la aku pun sedar yang aku nie memang patut single sebab tu aku nie forever alone :D.

Aku rasa ape yang aku update nie macam boring je, erm sebab tu aku update blog nie sebab aku boring. Okay la, aku nak sambung main game. Bye, salam.

Saturday, December 10

ASSALAMUALAIKUM, THAT'S YELLOW IT'S ME MR. FOREVER ALONE :D.


Aku seorang je yang kuning kat situ mane ade kawan lain selain biru. Okay da, aku nak update pasal soalan yang Ms. Jacquelyn kasi kat aku. Let see the rules :

THE RULES :
  1. You must post these rules. Each person must post 11 thing about themselves in their journal.
  2. Answer the question the tagger set for you their post. And create eleven new questions for people you tagged to answer.
  3. You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
  4. Go to their page and tell them you have tagged him/her.
  5. No tag back.No stuff in the tagging section about "You are tagged if you are reading this" You legitimately (a.k.a really, trust, with all honestyhave tagged 11 people.

Kenape lah kena tulis 11 benda tentang aku, Ms. Jacquelyn tak mahu tulis boleh? Hehe. 11 things about me :
  1) Aku nie gila-gila sikit orang nye :P.
  2) Aku nie kuat makan tapi tak besar jugak badan aku nie.
  3) Suka tidur lambat sebab online sampai pagi.

  4) Tak ada BFF langsung dari dulu sampai sekarang.

  5) Aku tak suka melepak sangat kalau tak ade function.
  6) Suke pergi Jusco or City Square sorang-sorang.
  7) Aku tak suke gaduh-gaduh nie dan aku suke sangat suasana aman damai.
  8) Peminat Adi Putera, Khaiful Fahmi Che Mat, Aaron Aziz, and Robert Pattionson .
  9) Aku nie simple tapi kreatif sikit je :P.
10) Aku orang nye tak kesah mane pun kecuali family and aweks(kalau ade la).
11) Tinggi aku cecah 182cm, siapa lagi tinggi dari aku sila IM aku ye and sila jealous bagi orang yang pendek :P.

Aku nak kena jawab soalan yang senang untuk aku jawab, 11 soalan tapi jawapan panjang nak mampos. Tengok bawah nie soalan nye:

1) Suka share problem dengan family ke kawan? Kenape?
   -Tak ada siapa, nak share dgn family malu n kalau nak share dgn kawan diorang tak akan faham.

2) Apa function phone korang sebenarnya? Texting je? Hihi.
    - Dulu untuk contact and texting tapi sekarang da senyap sejak bulan 10 mase tu.

3) Kalau korang pakai tudung kan, sebab trend ke? If free hair, knpe tak pakai tudung?
    - Sorry saya tak pakai tudung sebab saya nie lelaki :D.

4) Korang suka lelaki/perempuan yang macam mane? Nak 4 ciri.
    -1)Baik, 2)Hampir sama sifat dengan saya :D, 3)Boleh terima saya apa ada nye :), 4)Tak lupe juga dia cantik :).

5) Pizza hut ke domino?
    -Saya terpulang dia nak apa, kalau dia nak pizza hut ke domino saya ikut je asalkan dia happy :).

6) Suka tak lelaki/perempuan yang kuat merajuk? Kenape?
    -Suka, sebab nanti saya boleh tengok muka dia yang comel tu and saya kena kerja keras untuk pujuk dia tu yang membuktikan saya sayang kat dia :).

7) Apa yang buat korang nampak cool? Perasan pun tkpe :D.
     -Saya tak rasa saya cool, sebab saya sedar siapa saya :).

8) Listkan 14 benda yang korang tahu pasal aku. Jangan kurang babehh.
    -1)Awak baik, 2)Beautiful, 3)Smart, 4)Almost perfect, 5)Ada senyuman yang indah :), 6)Berpendirian, 7)Bibir awak seksi :P, 8)Hidung awak besar sikit sebab tu la buatkan awak nampak cantik :), 9)Stylish, 10)Sayangkan family like me :), 11)Suka bergambar :D, 12)Mix chinese and malay, 13)Bertudung, 14)Peramah, 15)Mata awak cantik, 16)Selalu post benda-benda yang nice kat Facebook, 17)Ada ayah yang muka dia hampir nak sama dgn Suarez Liverpool tu :D, 18)Tidur bangun lambat sama mcm saya :P, 19)Cara jalan awak mcm model :D, 20)Awak putih :). Alamak, da terlebih boleh terima ke nie?

9) Bagi satu quotes/ayat yang paling korang suka.
    -Don't give up because Allah always at your sides, try and try again to the end :).

10) Choose, friendship ke relationship? Kerana?
-First saya akan pilih friendship untuk kenal seseorang tu lebih mendalam kalau boleh teruskan lagi saya akan pilih relationship jika tu yang terbaik untuk dia dan saya :).

11) Siapa yang selalu bagi korang semangat? Tknak taw nama :).
-Seorang perempuan yang senyum kat saya dan saya pasti senyuman tu adalah senyuman harapan bukanlah senyuman biase tu la yang buat saya semangat :).


Aku da tulis jawapan nie kat inbox Ms. Jacquelyn nie tapi dia cakap kena update kat blog pulak, okay aku da update da nie. Then, dia suruh aku buat soalan untuk orang yang ade blog. Okay, aku akan buat sila tengok kat bawah.

Nie haa soalannye yang aku akan bagi kat korang, senang je pun soalan nie :). Sila baca dan jawab:

  1) Korang suka lelaki or perempuan yang macam mane?
  2) Berape ketinggian badan yang korang suka?
  3) Pernah keluar date dengan Boyfriend or Girlfriend korang tak?
  4) Makanan ape yang paling korang suka kat dunia nie? Kasi 4 jenis makanan yang berbeza :).
  5) Korang tidur lambat ke tak? Bagi sebab.
  6) Korang lagi suka jalan-jalan kat mane? Dalam negeri ke or luar negeri? Kenape?
  7) Korang boleh terima orang ape adenye or tidak? Bagi sebab.
  8) Berapa size badan yang korang suka?
  9) Sayang kat family or boyfriend korang? Kenape sayang kat dyorang?
10) Bagi 10+6-2+4-3-1 benda yang korang tahu pasal aku? Hehe, ade Math sikit dalam soalan nie :P.
11) Siapa paling korang tak suka dalam dunia nie? Bagi 3 sebab kenape korang tak suka dia and jangan bagitahu name ^_^.


Macam mane nak tag orang letak name macam kat blog Ms. Jacquelyn tu? Jap aku try tag 11 orang.


Okay, sila jawab soalan aku dengan senang hati ye ^_^. That's all for today, thanks you. Kbye, salam.

Friday, December 9

Ombak Rindu tak rindu suke aku nak tulis ape ye nanti, hehe :P.


Assalamualaikum reader :), aku update lagi blog aku nie boring la. Hehe. Eh eh, siape da tengok cerita Ombak Rindu nie? Bestkan? Haha, kesian siape yang belum tengok cerita nie nie best gile. Aku da tengok da cerita nie, aku tengok sorang-sorang biase la forever alone kan mane la ade orang nak teman aku nie pergi mane-mane. Aku tengok cerita nie perh macam nak nangis pun ade tapi aku tahan je malu la seyh nangis kat wayang xD. Da da da, jangan cerita lebih-lebih :P.


Aaron Aziz nie memang pelakon terbaik la diantara semue pelakon kat Malaysia nie. Opss, sorry bukan nak memperkecilkan kehebatan pelakon Malaysia tapi memang kenyataan Aaron Aziz nie terbaik la. Tengok la semue cerita yang ade Aaron Aziz ade tak yang tak best? Siape cakap tak best tu memang dye tipu la kan. Antara cerita yang ada Aaron Aziz ialah, ceyh da macam ape da aku nie. Takpe-takpe nie kan blog aku suke aku la nak tulis ape. Nie ha ceritanye Nora Elena, KL Drift, KL Drift 2, KL Gengster, KL Gengster 2 yang akan datang nanti, Ombak Rindu, lagi ape erk aku lupe. Hehe :D. Nak tengok orangnye? Tengok kat bawah nie.

Aaron Aziz

Hoho, ade gaya. Tapi tak bole kalah kan Cullen aku la kan xD. Okay, aku da malas nak update. Jap lagi mungkin aku update pasal soalan yang Nurul Jacquelyn kasi, tunggu ye Miss Jacq nanti saya update :). Okay la, nak sambung main game biase la budak da abes sekolah kan kesian kat budak sekolah kena fokus belajar tahun depan sebab nak PMR dan SPM. Btw, good luck para mangsa PMR dan SPM. Salam.

Assalamualaikum reader :), aku nie sebenarnye tak tahu sangat nak edit blog aku nie kasi cantik sebab tu la blog aku jadi macam nie. Siapa boleh tolong aku edit balik blog aku nie? Tolong la aku jangan kedekut ilmu sangat please, aku pening nie nak cari link lagu kat mana :\ . Sesiapa tolong la, kasi link kat aku post kat Facebook aku ke or IM je aku kat Facebook tu aku sentiasa online. Aku tunggu ye siapa yang baik tu nak tolong aku.



Pening-pening nie la akibatnye hentak kepale kat dinding untuk hilangkan pening tu, Hehe. Okay la, nie je aku nak post nanti kalau aku da edit blog aku, aku akan update post baru kat blog nie. Bye-bye, salam.