Saturday, April 27

Assalamualaikum, selamat malam reader. Saya nak bagitahu bahawa perempuan yang saya suka dulu dan yang telah mereject dan meninggalkan saya sekarang dia kelihatan semakin comel dengan cara dia yang manja tu. SubhanAllah, sungguh cantik ciptaanNya. Allah menciptakan saya apa adanya dan saya terima tu, jika dia reject saya kerana ketidak henseman saya tak apa saya boleh terima kerana Allah yang telah menciptakan saya sebegini rupa.
Setiap segala sesuatu didunia ni hanya ada satu penciptanya iaitu Allah, terima kasih kepada Allah kerana telah mempertemukan saya dengan dia walaupun hanya sebentar. Itu je sebenarnya yang saya nak cakap, sekian. Wassalam.

Thursday, April 11

Sigh

Assalamualaikum bloggers, da lama saya tak update blog ni rasa macam da usang dan berhabuk sangat. Sebenarnya banyak benda yang saya nak ceritakan tapi banyak benda tersebut yang saya da lupa. Saya nak cerita apa yang ada dalam kepala otak saya je. Sejak kebelakangan ni saya selalu ditimpa masalah, macam macam masalah yang datang kat saya. Penat den nak melayannya, hmm. Okay apa apa hal saya rindu nak bercerita kat blog ni, akhirnya dapat juga update.

Firstly masalah keluarga, disebabkan seorang bayi ibu saya yang jadi mangsa ugut oleh ibu bayi tersebut. Perlu ke mengemis meminta wang sebab anak dia sakit sakit? Setiap orang ada rasa sakit, anak dia tu bukannya sempurna sangat sampai tak boleh sakit. Duit da diberi tapi tiada jaminan yang ibu saya selamat dari tuduhan, kau sentuh dia aku cium kau. #TakeNote

Secondly pasal kawan, memang susah nak cari kawan yang betul betul ikhlas nak berkawan dengan kita. Kalau kawan yang bertalam dua muka memang ramai kat dunia ni tak yah cakap la bilangannya berapa, tak terkira. Saya perlukan hanya seorang kawan yang boleh berkongsi masalah dengan saya, ikhlas berkawan dengan saya apa adanya dan mendengar masalah yang saya hadapi. Saya berharap sangat dapat kawan yang macam tu tapi susah sangat nak jumpa, entah dimana dia berada.

And then, masalah cinta. Haih, cinta cinta cinta. Cinta memang selalu memberikan kita masalah luaran dan dalaman. Kat tempat ni ada seorang budak yang da lama saya suka kat dia sampai sekarang, saya nak luahkan perasaan ni tapi takut di reject untuk yang ke-10 kalinya. Saya da penat dipermainkan sampai tak tahu nak buat apa, bila di reject saya sedar siapa diri saya yang sebenarnya. Saya akan mengalah dengan orang yang lebih baik dan lebih segalanya dari saya. Lebih baik saya diam daripada meluahkannya dan tak akan bertegur sapa hingga keakhirnya. Saya hanya mampu melihat dan menuntu ilmu dengan bersungguh sungguh sebab mentor saya pernah berkata "Kejar ilmu dahulu tinggalkan cinta, kerana jika ilmu telah penuh didada cinta itu akan datang dengan sendirinya". Saya respect dengan nasihat yang diberikan olehnya. Terima kasih mentor.

And last, saya lebih suka melakukan segala sesuatu seorang diri kerana melakukan seorang diri lebih mudah dan senang tanpa ada rungutan dan keluhan. Thats why I call my self Mister Forver alone. Itu sahaja yang dapat saya luahkan, da tak tahu nak cerita apa lagi. Next kalau saya nak cerita saya akan luahkan kat sini je, sebab blogger adalah kawan yang boleh mendengar cerita saya ni. Sekian, salam :)